Bahasa Ghazal parti

Ghazal berasal daripada perkataan Arab ‘Ghaz’ yang bermaksud nyanyian yang ditujukan kepada wanita. Ghazal daripada segi bahasa bermaksud mainan cinta, ungkapan-ungkapan cinta atau ucapan-ucapan yang diluahkan kepada wanita atau berkata-kata dengan wanita.Ghazal juga dikenali sebagai suatu bentuk puisi nasyid iaitu puisi-puisi yang memaparkan kisah percintaan penyair dengan kekasihnya.kesenian ini amat popular di sekitar tahun 40’an sehingga 60’an. Ia menjadi satu budaya yang popular dan satu kemestian bagi masyarakat setempat terutama bila ada majlis keramaian.